Nora Danish Jadikan Nedim Sebagai ‘Bodyguard’

Nora Danish Jadikan Nedim Sebagai ‘Bodyguard’
Share

Ekoran tindakan sekumpulan pemberontak yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai ‘isis malaysia 69′ yang telah memanipulasi gambar wajahnya, beberapa bulan lalu, lantas aktres Nora Danish kini lebih selesa sekiranya ditemani kekasihnya, Nedim untuk ke sebarang majlis atau sewaktu menjalani penggambaran.

“Sekarang ini saya bawa dia sebagai langkah penjagaan. Kalau saya menjalani penggambaran dia akan teman saya itu adalah sebagai langkah yang berjaga-jaga. Kira macam ala-ala ‘bodyguard’,” katanya seperti yang dilaporkan sebuah blog hiburan.

Namun begitu, heroin filem Suami Aku Ustaz ini berkata, dia dan Nedim masih belum merancang sebarang majlis perkahwinan tetapi mahu ke arah itu. Apa yang membuatkan mereka masih belum bersedia adalah disebabkan masing-masing terlalu sibuk dengan kerjaya.

“Kami masih belum merancang tetapi kami memang mahu ke arah itu. Cuma masing-masing sibuk dengan dengan kerja yang terlalu padat,”katanya.

Tambahnya lagi, Nedim seorang lelaki yang tidak kuat cemburu dan menerima kerjayanya sebagai pelakon. Malah Nedim juga tidak kekok apabila berhadapan dengan peminat Nora dan tahu untuk menyesuaikan keadaan.

“Dia okay, mungkin kehidupan dia yang sebelum ini ada bekas kekasih yang dikenali jadi sudah biasa dengan keadaan ini. Alhamdulillah juga kerana dia tidak kuat cemburu dia faham kerjaya saya sebagai pelakon, sebab itu hubungan kami agak lama sebab dia faham,” katanya.

Sekiranya Nora berkahwin dengan Nedim dia memberitahu dia akan cuba untuk memperlahankan karier lakonannya dan ingin memberikan keutamaan pada keluarga dan bisnes. Kegagalan rumah tangganya yang pertama dijadikan pengajaran untuk memperbaiki hubungannya di masa depan. - kualalumpurpost.net

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel