GAMBAR PERKAHWINAN ANAK TENGKU ADNAN MANSOR UNDANG KRITIKAN (4 GAMBAR)

GAMBAR PERKAHWINAN ANAK TENGKU ADNAN MANSOR UNDANG KRITIKAN (4 GAMBAR)
Share

PUTRAJAYA - Sejak semalam, gambar persandingan anak lelaki Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Dr. Tengku Iqbal Munawwir dan isterinya Ayu Linggasari, yang berasal dari Indonesia tersebar di laman sosial dan menjadi bahan kritikan netizen.

Mana tidaknya, kedua-duanya dikatakan tidak menutup aurat, lebih-lebih lagi pengantin perempuan yang jelas sekali kelihatan seperti berkemban yang menampakkan dirinya seksi.

Justeru, netizen meminta Menteri Wilayah Persekutuan itu memadamkan gambar persandingan anak lelakinya yang dimuat naik di laman Facebook kerana ia memalukan dan tidak sepatutnya dimuat naik.

Difahamkan, majlis itu berlangsung di Putrajaya pada 6 Jun yang lalu. Kedua-duanya memakai pakaian tradisi kaum Jawa. 

Majlis persandingan itu juga turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama dengan 12 ribu tetamu yang lain. -THEHYPEMEDIA.COM

Gambar Majlis Kahwin Anak Tengku Adnan Tengku Mansor 6 Jun 2015

 
 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel