Pelancong Bogel Di Sabah Selamat Pulang Ke UK

Pelancong Bogel Di Sabah Selamat Pulang Ke UK
Share

SUSULAN sekumpulan pelancong asing yang berbogel di puncak Gunung Kinabalu baru-baru ini, salah seorang daripadanya, Eleanor Hawkin selamat pulang ke kampung halamannya awal pagi tadi.
Eleanor merupakan salah seorang pelancong asing yang berkelakuan tidak senonoh di atas puncak gunung itu yang dikatakan menjadi punca kepada gempa bumi di Sabah.
Wanita berusia 23 tahun itu tiba di Lapangan Terbang Heathrow, London kira-kira jam 5.17 pagi selepas menjalani hukuman penjara selama 3 hari di Malaysia.
Menurut sumber, Eleanor terpaksa bergegas keluar dari Malaysia gara-gara takut dikenakan hukuman atau tindakan daripada ketua puak di Sabah.
thomas hawkins kota kinabalu 032.JPG
Peguam kepada Eleanor, Ronny Cham menasihatinya untuk segera pulang ke United Kingdom kerana ketua puak di sana menyifatkan hukuman 3 hari penjara, pengusiran serta denda sebanyak RM5,000 di atas perbuatan tidak senonoh di khalayak itu adalah terlalu ringan.
Salah seorang daripada ketua puak itu, William Najimbun menyatakan kekecewaan kerana tidak dapat mengambil tindakan terhadap sekumpulan pelancong itu yang boleh dikenakan saman dan penjara sekali lagi atau membeli 10 ekor kerbau sebagai hukuman.
“Sudah tiba masa untuk kesemua pendaki, terutama pelancong didedahkan dengan undang-undang adat supaya mereka tahu menghormati adat-adat yang ada disini,” katanya kepada sumber.
Bapa kepada Eleanor, Tim, 54 menyatakan beliau tidak sabar untuk bertemu Eleanor dan memberikan pelukan kepadanya.
“Kami tak sabar mahu beri dia pelukan, kami ada bercakap dengannya beberapa kali dan dia dalam keadaan baik. Tapi dia tidak kuat seperti yang orang sangkakan,” kata bapanya.
Beliau dikatakan telah meminta anaknya dan rakan-rakan memohon maaf atas segala kesilapan yang telah dilakukan.
– MYNEWSHUB.CC
Eleanor Hawkins
2988298800000578-3122953-Backpackers_including_Miss_Hawkins_stripped_naked_on_top_of_Moun-a-12_1434223248930
Sumber: Daily Mail

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel