CHE TA BAWA DIRI KE SYDNEY
Tuesday, 22 September 2015

Kuala Lumpur – Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 42, atau Che Ta berlepas ke Sydney, Australia hari ini selepas sah menarik diri daripada menjadi juri tetap program realiti Akademi Fantasia 2015 (AF2015).
Isteri kepada pelakon, Zain Saidin itu buat pertama kalinya tidak muncul dalam AF2015 malam tadi selepas lima minggu duduk di kerusi tetap bersama Datuk Ramli M.S.
Rozita yang ditemui di studio Utusan kelmarin, bagaimanapun menafikan percutian selama seminggu itu adalah untuk melepaskan tekanan selepas kontroversi penarikan diri daripada program berkenaan secara mengejut.
“Saya tidak tertekan kerana kontroversi penarikan diri sebagai juri program AF.
“Sebaliknya percutian itu telah dirancang sebelum kontroversi berlaku. Tiket penerbangan juga telah ditempah pada tiga minggu yang lalu,” dakwanya, lapor Kosmo.