Gambar Pertama Cahaya Mata Ekin Dan Yazer AF
Friday, 18 September 2015

Alhamdulillah, meriah betul industri huburan kita dengan kelahiran baru bayi-bayi selebriti dan artis tanah air. Nampaknya, Ekin dan Yazer juga telah pun selamat bergelar ibu dan bapa, sama seperti Lisa dan juga Yusri.
Ni boleh masuk sekolah sama-sama ni nampaknya. Gambar pertama anak mereka dapat dilihat menerusi perkongsian Marsha Milan di akaun Instagram miliknya.
“Another AF baby!!!!! CONGRATULATIONS @yazerocksteady and @ekinrahmanmadon. Wish i was there! Welcome to the world baby Noah”
Amboi, nampak keterujaan si Marsha disitu. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Ekin dan juga Yazer. Semoga pasangan ini dikurniakan kebahagiaan dan rezeki yang melimpah ruah dengan hadirnya penyeri di dalam keluarga mereka.