Gosip cinta Anis Al Idrus tak masuk akal – Ungku Ismail

Gosip cinta Anis Al Idrus tak masuk akal – Ungku Ismail
Share

Petaling Jaya – Pelakon Ungku Ismail menganggap gosip mengatakan dia mempunyai hubungan intim dengan aktres Anis Al Idrus sebagai tidak masuk akal.

Ungku Ismail atau nama sebenarnya Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz, 30, berkata, hubungan mereka sekadar rakan biasa dan tidak wujud soal cinta dalam diri mereka.

“Saya kenal dia dan kami adalah rakan. Gosip mengatakan kami bercinta tidak masuk akal dan ia sama sekali tidak benar,” katanya.

Terdahulu, Anis Al Idrus yang juga bekas teman wanita aktor Sharnaaz Ahmad mengakui sudah mempunyai pengganti namun menyangkal lelaki berkenaan adalah Ungku Ismail.

Dalam pada itu, Ungku Ismail berkata, dia tidak mahu memperbesar-besarkan gosip berkenaan kerana fokusnya kini untuk mempromosikan kempen #TravellingBeruangyang merupakan projeknya bersama Media Prima, lapor mStar Online.

ANIS

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel