SWEETNYA. Farid Kamil Mahu Bersama Diana Danielle Sehingga Bersalin

SWEETNYA. Farid Kamil Mahu Bersama Diana Danielle Sehingga Bersalin
Share

Walaupun pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle telah pun dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad, ia sama sekali tidak menghalang Farid Kamil untuk berasa teruja bagi menyambut kelahiran anak yang kedua.
Diana Danielle dilaporkan bakal bersalin pada bila-bila masa sahaja pada November akan datang. Oleh disebabkan itu, Farid Kamil sangat berharap tarikh bai acara Thai Polo & Equestarian Tournament yang disertainya tidak akan berubah.

SWEET! Farid Kamil Mahu Bersama Diana Danielle Sehingga Bersalin
Menurutnya, Farid ingin bersama dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada isteri kesayangan yang sarat mengandung sehingga waktu kelahiran anak mereka.
“Harap-harap tarikh perlawanan tidak berubah. Ini kerana doktor sudah menjangkakan Diana akan bersalin pada bila-bila masa di bulan November ini.
“Saya mahu berada di samping isteri di saat-saat penting iaitu ketika sarat mengandung dan melahirkan,” katanya.
Sweetnya, Alhamdulillah seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab. Macam ni lah yang kita mahukan, bukan yang sesuka hati tinggalkan isteri di saat memerlukan perhatian.

SWEET! Farid Kamil Mahu Bersama Diana Danielle Sehingga Bersalin
“Walaupun pada kandungan kedua ini Diana mudah letih, tetapi dia tidak mengalami apa-apa masalah. Alhamdulillah… perkara itu buatkan saya lebih teruja untuk menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga kami,” ujarnya.
Anak sendiri kan, mana tak teruja lebih-lebih lagi si isteri pun memang tak banyak ragam. Semoga pasangan ini diberikan kemudahan sehingga tiba waktu yang dinantikan, Amin!
Sumber: mStar Online

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel