Yahaira Leanne Nama Anak Sulung Lisa-Yusry
Wednesday, 23 September 2015

PASANGAN selebriti Lisa Surihani dan Yusry Abd Halim sepakat menamakan cahaya mata sulung mereka Yahaira Leanne.
Perkara itu dikongsikan portal berita Astro Awani menerusi laman mikro Twitternya sebentar tadi.
Lisa, 29, melahirkan Yahaira di Pantai Medical Centre, Bangsar tepat jam 11.44 malam, 15 September lalu.
Lisa dan Yusry bernikah pada 23 Februari 2012 di Putrajaya selepas beberapa tahun menyulam cinta. – SUMBER MYNEWSHUB.CC