Aiman Tak Gemar Fathia Berlakon Disamping Remy Ishak

Aiman Tak Gemar Fathia Berlakon Disamping Remy Ishak
Share

Semakin hari kami lihat semakin bertambah rezeki pelakon cantik, Fathia ni. Buka je televisyen pasti terpandang wajahnya menghiasi drama-drama popular.

Terbaru, khabarnya Fathia bakal bergandingan dengan aktor kacak, Remy Ishak untuk drama bersiri 40 episod terbaru arahan Erma Fatima.

Bagaimanapun, teman lelaki Fathia, Aiman Hakim nampaknya tak senang duduk dengan perkara ni. Aik, takkan tergugat kot. Hehe!

Sebenarnya, Aiman bukanlah cemburukan Remy Ishak, sebaliknya aktor itu risau sekiranyanya mereka akan kurang waktu bersama. Tak percaya? Nah, baca apa Fathia cakap.

screenshot-instagram.com 2015-10-09 12-17-04

Aiman kurang gemar apabila mengetahui saya bakal bergandingan dengan Remy untuk drama bersiri itu. Namun bukan kerana dia tidak suka pada aktor itu sebaliknya risau kami akan kurang meluangkan masa bersama.

Kebiasaannya saya akan berehat sekiranya Aiman sibuk dengan penggambaran dan begitulah sebaliknya. Dia risau jika perkara itu membuatkan hubungan semakin renggang kerana kedua-dua sibuk bekerja.

Olololo, comel je pasangan ni. Tak palah, dah nama pun kerja. Kami yakin, sesibuk manapun kedua-dua pasangan ini, pasti akan ada masa untuk bertemu. Tak gitu?


SUMBER

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel