Hayden Panettiere Dapatkan Rawatan Atasi Penyakit Meroyan

Hayden Panettiere Dapatkan Rawatan Atasi Penyakit Meroyan
Share

PELAKON yang popular menerusi siri drama Heroes, Hayden Panettiere dilapor mendapatkan rawatan di sebuah pusat pemulihan untuk mengatasi masalah kemurungan selepas melahirkan anak sulungnya, Kaya, Disember lalu.
Menurut majalah US Weekly, aktres itu menawarkan diri untuk dirawat namun meminta jasa baik peminat dan pihak media agar memberikannya ruang privasi bagi mengatasi masa sukar yang sedang dialaminya kini.
Kaya merupakan anak Hayden, 26 tahun; dengan tunangnya, jaguh pemain boxing, Wladimir Klitschko, 39 tahun; yang berasal dari Kazakhstan.
hayden1
Selain Hayden, penyakit murung yang mungkin boleh berlaku selepas seseorang wanita bersalin atau meroyan juga pernah dialami pelakon Gwyneth Paltrow. – SUMBER MYNEWSHUB.CC

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel