KEJAM! Pertahan Kanak-Kanak Palestin, Seorang Lelaki Warga Emas Ditembak Tentera Israel
Wednesday, 14 October 2015
Niatnya murni, mahu menghalang kekejaman tentera Israel terhadap seorang kanak-kanak warga Palestin daripada ditembak.
Bagaimanapun, kerana kelantangannya mempertahankan kanak-kanak itu, lelaki berkenaan pula ditembak mati oleh tentera Israel dalam satu kejadian di Hebron baru-baru ini.
Kejadian itu dirakam oleh seorang wartawan Al Jazeera, Khadija Benguenna dan dikongsi di laman Facebooknya sejak semalam.
Lelaki berkenaan, dikenali sebagai Ziad Al-Haleel, 65 dilihat berdepan dengan lima tentera Israel yang lengkap bersenjata untuk meminta mereka tidak menembak kanak-kanak tersebut.
Menerusi video berkenaan, terdapat salah seorang anggota tentera itu mengacah senjata ke arah kepada Ziad. Permintaannya tanpa henti itu akhirnya diakhiri dengan tembakan di kepalanya, dan Ziad dilihat terus rebah. -Siakapkeli.my
LINK VIDEO