KERANA KENTUT, WANITA SAMAN MAJIKAN RM2.6 JUTA
Thursday, 8 October 2015

Seorang saudara Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama menyaman majikannya kerana mendakwa hidupnya terseksa apabila dibuli rakan sekerja yang datang ke mejanya semata-mata untuk ‘melepaskan angin.’
Marie Auma, 57, anak saudara kepada ibu tiri Obama yang turut menghadiri majlis pelantikannya pada 2009 menyaman Polis Metropolitan London kerana mendakwa diperkecilkan dan dimalukan akibat tindakan rakannya itu.
Marie yang bertugas di Balai Polis Southwark berkata, dua rakan sekerja itu kerap datang ke mejanya untuk kentut dalam perbuatan yang disifatkan sebagai ‘kempen buli abad ke-21.’
Marie yang bertugas sebagai perantara untuk mangsa jenayah, menuntut ganti rugi GBP390,000 (RM2.6 juta).
Marie mendakwa mula dibuli selepas permohonannya untuk bercuti bagi menziarahi kubur abangnya di Kenya ditolak pada 2007.
Marie akhirnya bersara atas masalah kesihatan mental disebabkan terlalu tertekan dengan ‘serangan’ yang dilakukan secara kerap antara 2007 hingga 2009. – Agensi