'MAAF IBU, DALAM ADIK BERADIK, SAYA YANG TIDAK PANDAI'

'MAAF IBU, DALAM ADIK BERADIK, SAYA YANG TIDAK PANDAI'
Share

Saya Natasha Nadira Binti Mohd Zulkifli. Anak kedua En.Zulkifli dan Pn.Noranida. 

Dalam adik beradik, sayalah yang paling tak pandai. 

Result x pernah umpph. Setakat cukup makan x fail dah buat saya happy. 

Walaupun saya study dua kali ganda dari orang, berjaga malam study dan solat hajat tapi bukan reseki saya untuk dapat result yang gempak. 

Allah bg saya banyak dugaan dalam cari ilmu. Saya ada dyslexia, dan rabun warna. Saya tak dapat bezakan apa yang saya tulis betul atau tak. 

Sebab pada mata saya setiap huruf yang saya tulis tu betul.

Sampai pernah pada satu tahap lepas dapat result STPM yang tak seberapa, saya menangis mesej mama.


 "Ma. Mungkin angah ni tak layak kot jadi anak mama. Tak pernah dapat result best2 untuk mama." Tapi dalam dugaan yang Allah bagi Dia bagi saya ibu bapa yang pada saya terbaik dalam dunia.

Mungkin mama dah tak ingat benda ni... tapi petang tu mama balik kerja mama peluk saya dia kata 


"Tak ada satu pun anak mama yang tak layak jadi anak mama. Anak mama semua anak hadiah Allah untuk mama. X apa tak pandai periksa. Tapi mama syukur anak mama anak yang taat. Itu dah lebih dari cukup"

Papa pula cakap dekat saya. "Tak apa kalau angah tak pandai belajar. Papa cuma harap nanti bila papa dah tua angah boleh jaga papa bagi papa makan itu je. Papa tak mintak lebih."
Saya masuk bilik saya nangis puas2 berterima kasih pada Allah sebab bagi saya ibu bapa yang terbaik dalam dunia. 

Dan Alhamdulillah... 
Mama, papa. Ijazah ni untuk kalian. Terima kasih kerana jadi ibu bapa yang luar biasa.
Natasha Nadira Mohd Zulkifli

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel