Pelancong China Buang Air Besar Di Luar Butik Burberry UK Cetus Kemarahan!
Friday, 9 October 2015

Bila kita ke negara orang, pasti kita akan menjaga tingkah laku. Sama juga jika pelancong datang ke negara kita, pasti kita mahu mereka berkelakuan sopan dan tidak melakukan apa yang kita tidak suka.
Baru-baru ini, foto seorang wanita bersama budak lelaki yang sedang sibuk ‘membuang air besar’ di luar butik mewah Burberry di United Kingdom, mencetuskan kemarahan nitizen.
Menurut laporan media, kejadian itu berlaku di Bicester Village, sebuah pusat membeli belah di Oxfordshire yang sangat popular di kalangan pelancong China.
Lokasi tersebut juga menjadi pilihan oleh pelancong dari Tanah Besar, China kerana dianggap syurga membeli-belah dan bebas cukai.
Kajian yang dilakukan pada tahun 2013 mendapati, 27 peratus daripada pelancong China memilih UK sebagai destinasi membeli-belah kegemaran mereka.
Gambar yang dikongsikan di laman Twitter itu mendapat kritikan pedas oleh nitizen kerana tindakan tidak senonoh oleh orang luar.
Ada yang marah serta memberitahu, tandas awam hanya beberapa meter sahaja dari tempat tersebut dan ianya percuma.
Berdasarkan peta yang dikongsikan oleh nitizen di laman sosial, butik Burberyy adalah pada nombor 76. Memang dekat sangat dah dengan tandas.
Ini bukan kali pertama kes buang air besar di tempat awam terjadi di luar negara. Dua tahun lalu, seorang pelancong dari Tanah Besar menimbulkan kemarahan penduduk Taiwan kerana membiarkan anaknya membuang air besar di sebauh lapangan terbang di Taiwan.
- HASANUVA