Penduduk Gua Musang Gempar Bom Meletup Atas Jalan Sepasang Suami Isteri Maut
Saturday, 10 October 2015

Sepasang suami isteri terkorban apabila motosikal yang dinaiki tiba-tiba meletup ayng dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri di Jalan Pulai, Gua Musang pagi ini.
Kejadian yang berlaku kita-kira jam 9:30 pagi menggemparkan orang ramai yang sedang menjalankan aktiviti harian.




Gua Musang: Suami isteri maut selepas motosikal ditunggang tiba-tiba meletup dipercayai akibat bom buatan sendiri yang dipasang pada motosikal itu.
Kejadian berlaku kira-kira 9 pagi tadi di Kilometer 10 Jalan Gua Musang-Kampung Pulai, di sini ketika pasangan berusia 72 tahun itu dalam perjalanan ke kedai makan berdekatan untuk sarapan .
Mangsa dikenal pasti sebagai Cha Mok Liong dan Fong Ah Fong dari Kampung Batu Papan 2, di sini.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan kejadian dan memaklumkan seorang lelaki berusia awal 20-an dipercayai ada hubungan kekeluargaan dengan mangsa ditahan untuk membantu siasatan.
Katanya, mayat mangsa berkecai dan ada bahagian badan yang terputus tercampak kira-kira 100 meter ke kawasan berhampiran.
“Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu termasuk motif kejadian sebenar .
"Kita turut dibantu pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan," katanya di sini, hari ini.
Beliau juga menasihati orang ramai

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan kejadian berkenaan.
“Kejadian berlaku ketika jalan agak sunyi ketika pasangan berkenaan sedang keluar untuk sarapan pagi di kedai berhampiran.”
“Bom buatan sendiri itu berkenaan yang sudah dipasang pada motosikal meletup menyababkan mayat kedua-dua mereka berkecai dan tercamapk ke kawasan semak berhampiran,”katanya.
Pihak poilis kini dalam siasatan lankut dan pihak forensik daripada Kuantan telah datang untuk membantu siasatan.
Beliau juga menasihatkan orang ramai suapaya tidak mengaitkan kejadian dengan isu perkauman, agama atau politk.