Tindakan Wanita Ini Setelah Mengetahui Kekasihnya Curang Ternyata Berbaloi..Ikuti Kisah Ini

Tindakan Wanita Ini Setelah Mengetahui Kekasihnya Curang Ternyata Berbaloi..Ikuti Kisah Ini
Share

Kepada generasi muda yang baru habiskan pelajaran, mesti mereka akan mula terfikir dan merancang untuk mendirikan rumah tangga. Terutamanya dalam kalangan wanita.

Bila dah mula bekerja, kebanyakkan daripada mereka tidak kisah dengan pekerjaan yang mereka ada kerana beranggapan bahawa suami yang akan menanggung segalanya.

Sama seperti wanita ini, namun ada sesuatu berlaku dalam perhubungan mereka yang membuatkan wanita ini untuk ‘bangkit’ semula. Ikuti kisah selanjutnya.

Dulu, aku cuma kerja sebagai pembantu akaun dengan gaji bersih RM 1,100.Kenaikan gaji setiap tahun xsampai RM100 dan bonus? Berapalah sangat untuk pekerja bawahan.

Aku cuma lulusan diploma,pointer bawah 3. Waktu awal cari kerja, siap kene perli sebab pointer aku rendah. Degree? Aku berhenti lepas habis semester 4. Sebab tu, selama 3 tahun, aku selesa dengan apa yg aku dapat walaupun kadang-2 sgt terasa kesempitan hidup. Aku fikir, tu jelah gaji yang layak untuk orang xbelajar tinggi.

Sehinggalah, lelaki yang aku yakin akan jadi suami, mula abaikan aku dan damping perempuan yang kaya dan bekemampuan untuk kesenangan diri. Kira kene 'dump without any sign'.Waktu tu, aku rasa nak bunuh diri sebab putus cinta pun ada.

Cederakan diri pun, alhamdulillah aku xbuat. Tapi aku muhasabah diri. Sebab duit, 'dia' fikir perempuan tu yang terbaik. Aku mula update resume cari kerja di syarikat lain yang nak bayar aku setimpal dengan usaha aku. Cuba yakinkan diri untuk keluar dari zon selesa. Kuatkan diri untuk belajar terima perubahan.


And, here am i today! Kali kedua aku dapat makan angin dekat negara orang, cuma perlu keluarkan duit nak shopping shj. Hasil aku 'move on' 2 tahun yang lepas. Walaupun beban hutang masih banyak, itu hal lain. Yang penting kita enjoy!

Pernah mengadu dekat mak sambil nagis-2 teruk bak hang bila aku putus cinta tu. Mak cakap," Allah sulitkan jodoh untuk eqa, tapi Allah gantikan dengan rezeki lain, permudahkan urusan eqa yang lain'. Perancangan Allah s.w.t itu indah. I do believe that ðŸ˜˜ walaupun pahit untuk aku telan.

Terima kasih untuk lelaki yang paling aku sayang 'for the wake up call'.
Terima kasih untuk mak dengan ayah yang xpernah tanya bila aku nak kawen. 

Sumber : Facebook Atiqah Miftah VIA OHBULAN

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel