(VIDEO) Berani! Gadis Lompat Keluar Dari Kereta Penculik

(VIDEO) Berani! Gadis Lompat Keluar Dari Kereta Penculik
Share
VIDEO ini memaparkan detik cemas mangsa kes penculikan di Amerika Syarikat cuba menyelamatkan diri dengan melompat ke luar dari kereta penculik di tengah-tengah jalan raya.
Menurut sumber, mangsa merupakan seorang gadis berusia dalam linkungan belasan tahun dipercayai telah diculik ketika dia dalam perjalanan untuk ke sekolahnya.
Menerusi video terbabit, gadis itu telah membuat tindakan berani dengan melompat ke luar daripada kereta penculik terbabit ketika kenderaan itu sedang bergerak.
Pihak berkuasa yang mengeluarkan video itu memohon orang ramai yang menyaksikan serta mempunyai sebarang bukti mengenai insiden itu tampil untuk membantu siasatan.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada isnin lalu selepas gadis itu telah diperdaya dan dibawa lari menaiki kenderaan jenis Toyota Yaris berwarna hitam.
KIDNAP-VICTIM-JUMPS-FROM-CAR-MAIN
Suspek dikatakan adalah seorang wanita Latin yang berusia dalam linkungan 40 tahun.
Gadis itu ditemui selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius di lokasi kejadian di Bridgeport, Connecticut. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel