Wanita Pengsan Tengok Suami Dengan Orang Lain Di Pusat Beli-Belah!
Wednesday, 14 October 2015

Di Kuwait, seorang wanita pengsan kerana terkejut melihat suaminya bersama seorang wanita lain di sebuah pusat membeli-belah.
Menurut laporan daripada Emirates247, si suami yang juga terkejut melihat isterinya, bukan saja melarikan diri meninggalkan isterinya yang dirawat oleh pasukan perubatan pusat beli-belah itu, tetapi juga meninggalkan Kuwait.
Kejadian itu menjadi viral di media sosial di Kuwait.
Ramai pengguna berkata, reaksi si suami lebih teruk daripada tindakannya menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.
Sementara itu, seorang wanita yang mengulas kejadian itu berkata, si isteri sepatutnya bersyukur kerana mengetahui siapa sebenar suaminya.
“Dia berhak memperoleh suami lebih baik, lelaki sejati, bukan pengecut.” - HASANUVA