ADUN UMNO SINDIR GENG UMNO PENYAMUN

ADUN UMNO SINDIR GENG UMNO PENYAMUN
Share

Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad meminta jangan hanya seorang dua penyamun, kami semua digelar penyamun.

“Jangan kerana seorang dua orang UMNO dan pemimpin UMNO, kami semua pula digelar penyamun,” tegas Alwi dipetik Malaysia Gazette.

Alwi yang juga ADUN Kok Lanas meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyiasat dakwaan berhubung satu keluarga yang dikatakan membolot sehingga 26 jawatan dalam Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Katanya siasatan perlu dilakukan segera bagi membersihkan nama baik parti, di mana persepsi rakyat terhadap pemimpin mereka telah terjejas teruk dengan tersebar luas isu itu.

Beliau merujuk kepada  isu melibatkan satu keluarga politik yang dikatakan membolot 26 jawatan dalam YaPEIM dengan jumlah gaji diperolehi sebanyak RM154,700 sebulan.

Beliau mengakui hatinya pedih, luka dan marah jika kes sedemikian benar dan dibiarkan berlaku tanpa ada tindakan diambil.

“Tidak adakah pihak atasan mengambil berat isu ini? Janganlah kerana seorang dua, kami pula digelar penyamun. Persepsi ini harus dan wajib ditangani segera,” tegasnya.

Sebelum ini NGO National Oversight and Whistleblowers Centre (NOW) mendedahkan seorang pemimpin Wanita UMNO di Kelantan menerima gaji bulanan RM45,500 daripada tujuh jawatan yang dipegangnya, manakala anak lelaki beliau dibayar RM31,200 sebulan dan suaminya pula mendapat RM5,000 setiap bulan.

Pendedahan itu kemudian menjadi bualan negatif orang ramai terhadap UMNO dan pemimpinnya yang disamakan dengan penyamun, lapor MG.

SUMBER EKELEH.COM

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel