Azma Akui Ada Penyakit 'Bipolar Disorder' Akui Kesalahan Memukul Ika Nabella

Azma Akui Ada Penyakit 'Bipolar Disorder' Akui Kesalahan Memukul Ika Nabella
Share

KUALA LUMPUR: Pengarah, Azma Aizal Yusoof, 31, tidak menyalahkan pelakon Ika Nabella kerana membuat laporan polis terhadap dirinya.

Namun dia berpendapat insiden yang berlaku sebagai pengajaran bersama.

Katanya, dia hanya menggunakan teknik memukul untuk memberikan mutu lakonan terbaik.

Pun begitu, beliau mengakui kesalahannya sebagai sutradara drama bersiri Dawai Asmara kerana tidak menjelaskan tujuan asal tindakan berkenaan.

"Sebagai pengarah, saya masih belajar pelbagai teknik untuk diadaptasikan oleh pelakon di lokasi. Namun, saya akui bukan semua dapat menerima pendekatan sama. Saya sesekali tidak menyalahkan tindakan Ika membuat laporan.

"Saya pernah mengasari beberapa pelakon dalam drama itu namun mereka menyambut baik teknik yang digunakan.

"Namun, insiden yang berlaku ke atas Ika membuka mata saya bahawa bukan semua individu dapat menerima cara kita.

"Dia (Ika) mempunyai hak untuk membuat laporan polis. Malah saya ada menghantar mesej memohon maaf kerana mengasarinya.

"Drama Dawai Asmara ini adalah karya paling berat yang pernah saya arahkan setakat ini. Jadi saya ingin memberikan sebaik mungkin dan enggan mensia-siakan peluang diberikan oleh pihak produksi," katanya kepada BH Online.

Pengarah drama Teman Lelaki Upahan itu berkata, beliau tidak berahsia tentang penyakit bipolar disorder yang dihidapi.

Azma tidak ralat dengan stigma masyarakat yang memandang serong tindakan beliau memukul Ika.

"Saya juga tidak malu untuk mengakui kepada umum tentang penyakit yang saya hidapi. Malah saya masih mengambil ubat khas bagi mengawal dan menstabilkan emosi.

"Bukan semua pesakit bipolar disorder dapat bekerja kerana tidak mampu mengawal emosi.

"Saya akui sering berada dalam keadaan tertekan apabila diberikan tanggungjawab sebagai pengarah kerana ingin memberikan yang terbaik," katanya.

Bipolar Disorder adalah penyakit mental yang melibatkan perubahan emosi yang melampau. Ia adalah satu penyakit masalah mental yang menyebabkan perubahan perasaan atau mood yang melampau dan tidak normal di dalam diri seseorang.

SUMBER BERITA HARIAN

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel