BALAS DENDAM SUAMI CURANG

BALAS DENDAM SUAMI CURANG
Share

Britain – Seorang isteri bertindak menjual rumah kediaman mereka bagi membalas dendam terhadap suaminya yang mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Lelaki berkenaan, Craig Arnold terkejut selepas mendapati kediamannya dihuni beberapa pelajar sebaik pulang dari urusan perniagaan di New York.

Selepas diselidiki, Craig diberitahu, isterinya Laura telah menjual kediaman milik mereka kerana kecewa dengan tindakannya yang curang.

“Semua perabot milik Laura telah tiada dan hanya sebuah kerusi serta meja peninggalan bapanya sahaja masih ada di dalam rumah tersebut,” katanya

Laura, 42, menyedari kecurangan suaminya itu selepas membaca mesej pesanan ringkas dari seorang wanita di telefon bimbit milik suaminya.

Memetik Metro.uk, Laura menjual kediaman milik mereka tanpa rasa bersalah kerana wang yang digunakan untuk membayar pinjaman perumahan itu adalah daripada kedua ibu bapanya.

SUMBER

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel