"Jalan Terbaik Saya Tarik Diri" - Ika Nabella

"Jalan Terbaik Saya Tarik Diri" - Ika Nabella
Share


Awal November lalu kecoh industri hiburan tempatan apabila berlaku insiden Ika Nabella Dipukul, semasa menjalani penggambaran drama Dawai Asmara di Hulu Klang.

Pengarah yang dimaksudkan ialah Azma Aizal Yusoof. Ika Nabella bagaimanapun sudah mempuat laporan polis berhubung insiden tersebut. Dan pagi ini satu sidang media akan dilakukan pihak Suhan bagi menjelaskan perkara berkenaan.  Pengarahnya juga akan tampil. Bagaimanapun Ika Nabella yang dihubungi semalam untuk bertanyakan statusnya dengan drama itu menjelaskan sudah menarik diri.

“Sekitar seminggu selepas insiden itu, saya bulatkan keputusan untuk menarik diri daripada terus berlakon dalam drama itu. Ikutkan dari awal lagi saya nak tarik diri sebab hati sudah katakan tidak boleh meneruskan penggambaran jika ia masih diarahkan pengarah yang sama. Insiden itu memang buat saya trauma dan malu dengan krew serta pelakon lain.

“Jadi jalan terbaik …saya tarik diri, supaya ia tak berulang lagi dan diperbesarkan. Saya ralat sebenarnya hal ini boleh terjadi. Tapi benda sudah jadi. Setakat ini memang saya tak jumpa pengarah berkenaan lagi,” katanya.

Bagi Ika yang sudah beberapa kali bekerjasama dengan Suhan Movies, beranggap bukan rezekinya kali ini untuk terus bersama syarikat itu.

“Memang sudah tertulis bukan rezeki saya. Saya akur dan reda. Insya-Allah, saya harap ada kerjasama lain dengan Suhan. Drama Dawai Asmara sebenarnya kali pertama saya bawa watak utama. Ketika ini saya ada menerima tawaran berlakon, cuma belum bermula lagi. Jadi saya banyak habiskan masa dengan berehat.

“Saya juga harap insiden ini tak akan beri impak dan persepsi negatif kepada produksi lain dan stesen TV. Saya cari rezeki dengan berlakon,” katanya.

Sumber GOSIPMALAYSIA.COM

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel