Mia Ahmad Nafi Hubungan Dengan Syarul Ridzwan Retak Angkara Mira Filzah!

Mia Ahmad Nafi Hubungan Dengan Syarul Ridzwan Retak Angkara Mira Filzah!
Share

Setelah pelakon baharu Mira Filzah menafikan dakwaan kononnya hubungan syarul Ridzwan dan Mia Ahmad retak disebabkan dirinya, kini Mia Ahmad pula tampil menjelaskan perkara tersebut.

Mia Ahmad menafikan kehadiran pelakon baharu Mira Filzah bukanlah punca kerenggangan hubungannya dengan aktor, Syarul Ridzwan. Malah menurut Mia lagi, tiada istilah renggang atau putus cinta antara mereka kerana mereka berdua tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hubungan rapat mereka.

“Saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan dan mengatakan kami menjalinkan hubungan cinta.

“Kami masih lagi rapat dan berkomunikasi seperti dulu. Malah, kami baru saja tampil menjayakan sebuah majlis bersama-sama beberapa hari lalu.

“Kekangan masa menjadi punca kami tidak dapat meluangkan banyak masa bersama. Jadual kami yang padat membuatkan kami sukar untuk berjumpa kerana apabila dia ‘shooting’, saya lapang dan begitulah sebaliknya.

“Secara peribadi saya tidak mengenali Mira Filzah tetapi tahu bahawa dia adalah seorang pelakon baru yang sedang meningkat,” katanya

Terdahulu pasangan yang popular menerusi drama #HatiPerempuan ini dikatakan menjalin hubungan cinta malah sering dilihat bersama biarpun selepas penggambaran drama berkenaan.

Sementara itu, Mia enggan mengulas lanjut apabila diajukan soalan tentang tindakannya tidak lagi memuat naik gambar bersama aktor Syarul di Instagram miliknya. – Inilah Punca Sebenar Mia Ahmad Padam Gambar Syarul Ridzwan

Beliau ingin fokus kepada kerjaya dan bebas dari kontroversi.

Dalam perkembangan terkini, Mia sedang menjalani penggambaran drama bersiri 26 episod berjudul 2000KM Ke Al Haram. Beliau bakal ke Doha pada minggu hadapan untuk merakamkan beberapa episod akhir drama bersiri itu.

SUMBER GOSIPMALAYSIA.COM

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel