Nur Fathia Jelas Faktor Utama Belum Nikah

Nur Fathia Jelas Faktor Utama Belum Nikah
Share

Nama Nur Fathia  dan Aiman Hakim tidak asing lagi dalam industri tanah air. Antara barisan pelakon yang kian hangat bercinta. Dalam kenyataan terdahulu kekasih Nur Fathia iaitu Aiman Hakim pernah mengeluarkan kenyataan yang dia mahu menjadikan Fathia sebagai isterinya namun sehingga kini kenyataan itu masih belum direalisasikan oleh kedua pasangan ini.

Menurut Nur Fathia impian untuk ke arah sebuah perkahwinan itu ada namun tiada lagi sebarang perancangan yang dibuat untuk ke arah itu. 

“Ucapan itu memang pernah diungkapkan, tetapi selagi tiada persediaan dilakukan, menyebabkan saya mahu fokus dahulu pada kerjaya.

“Impian untuk ke arah perkahwinan itu memang ada, bagaimanapun sehingga kini belum dijodohkan lagi untuk ke arah itu.

“Sejujurnya memang saya mahukan ke peringkat itu (kahwin), kerana hubungan kami juga sudah masuk empat tahun.

Nur Fathia Jelas Faktor Utama Belum Mendirikan Rumahtangga!
“Justeru itu, saya tidak mahu bazirkan masa jika akhirnya tiada apa-apa yang berlaku,” katanya.

Mengulas lanjut, Fathia akui kesibukan mereka berdua juga penyebab hasrat itu masih belum tertunai.

“Masing-masing sibuk. Ketika saya kerja, dia tak kerja, bila dia kerja, saya pula tidak kerja. Justeru,  masa untuk duduk bersama merancang ke arah perkahwinan tidak ada.

“Saya juga jenis yang sukakan kerja, seperti wanita bekerjanya. Oleh itu untuk terjadinya perkara itu (perkahwinan) memang saya akui agak sukar ketika ini,” katanya.

Tambah Nur Fathia lagi beliau sebolehnya mahu mengelak berlakunya seperti rakan artis lain di mana hubungan mereka putus di tengah jalan.

“Saya tidak mahu jadi seperti itu, jika saya dah suka seseorang, saya nak orang itu pun serius dengan saya. Namun belum masanya lagi. Buat masa sekarang saya suka bekerja. Apa sahaja tawaran kerja saya akan sambar.

“Keluarga tidak terlalu mendesak untuk saya ke peringkat itu, walaupun usia saya kini sudah sepatutnya mendirikan rumah tangga,” katanya.

SUMBER GOSIPMALAYSIA.COM

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel