ROZANA MISBUN TUNTUN NAFKAH RM5300 SEBULAN DARI AWIE

ROZANA MISBUN TUNTUN NAFKAH RM5300 SEBULAN DARI AWIE
Share

Isteri penyanyi rock Awie, Rozana Misbun menuntut suaminya membayar lebih RM5,000 sebulan sebagai nafkah dua anak mereka yang kini berada di bawah jagaan wanita itu.

Rozana dalam tuntutan nafkah kekal anaknya itu, menuntut RM5,300 sebulan merangkumi makanan dan minuman serta kelengkapan diri (RM3,000), kos tempat tinggal (RM1,500) dan kos pembantu rumah sebanyak RM800.

Rozana turut menuntut RM2,000 setiap tiga bulan untuk pembelian pakaian kedua-dua anaknya iaitu, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.

Rozana turut menuntut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, membayar kos persiapan persekolahan kedua-dua anaknya sebanyak RM1,500 dan persiapan pakaian untuk setiap perayaan sebanyak RM3,000.

Rozana memfailkan tuntutan nafkah anak-anak itu di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 5 November lalu mengikut Seksyen 73 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Terdahulu, prosiding sulh (perbincangan) antara Rozana dan Awie hari ini berhubung tuntutan nafkah anak yang difailkan Rozana itu gagal setelah penyanyi itu tidak hadir pada prosiding berkenaan kerana mempunyai urusan kerja di Singapura.

Walau bagaimanapun, kata beliau, Pegawai Sulh Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Nor Nazila Dollah yang mendengar kes itu menetapkan 7 Januari tahun depan bagi membolehkan Awie memfailkan pembelaan terhadap tuntutan itu di Mahkamah Rendah Syariah. [sumber: Utusan Malaysia]

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel