Suami Ceraikan Isteri, Lepas Tengok Video Wanita Tersebut Hisap Shisha

Suami Ceraikan Isteri, Lepas Tengok Video Wanita Tersebut Hisap Shisha
Share

Seorang lelaki Kuwait bertindak menceraikan isterinya selepas melihat video Snapchat isterinya yang sedang menghidap shisha.

Menurut laporan Emirates247, wanita tersebut yang menghisap shisha tanpa pengetahuan suaminya itu, merakam video dan ingin berkongsi dengan rakan-rakannya melalui Snapchat.

Walau bagaimanapun, dengan tidak sengaja, dia telah menghantar video tersebut kepada suaminya.

Berang dan terkejut dengan tindakan isterinya itu, si suami terus bertindak menceraikan isterinya.

Ramai pengguna media sosial berpendapat bahawa suaminya itu tahu tentang tabiat isterinya yang menghisap shisha dan hanya jadikan alasan untuk menceraikan isterinya.

Salah seorang pengguna media sosial memberikan komen yang masuk akal tentang insiden tersebut.

“Jika isterinya menghisap shisha, pasti ada bau yang melekat pada pakaian dan badan. Dia tahu bahawa isterinya merokok dan menjadikan alasan untuk menceraikannya.”

SUMBER HASANUVA

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel