SULTAN IBRAHIM HADIAHKAN NISSAN GT-R KEPADA POLIS JOHOR

SULTAN IBRAHIM HADIAHKAN NISSAN GT-R KEPADA POLIS JOHOR
Share

SULTAN Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan menaja sebuah kereta mewah untuk kegunaan PDRM Johor.
Gambar kereta sport Nissan GT-R (R35) tersebut telah dimuatnaik dan dikongsikan di laman Facebook Saya Orang Johor.
“Kereta pengiring Diraja Johor Nissan GTR (R35) adalah hadiah dari TTJ kepada DYMM Sultan Johor sempena hari Keputeraan Sultan Johor,” tulis admin akaun tersebut.
Sultan Ibrahim Hadiahkan Nissan GT-R Kepada Polis Johor1
Kereta berkenaan asalnya dihadiahkan oleh Tengku Temenggong Johor, Tunku Idris kepada Sultan Ibrahim sempena hari keputeraan baginda baru-baru ini.
Dipercayai, kereta dengan nombor pendaftaran JZ 42 itu akan digunakan sebagai kereta pengiring DiRaja Johor.
Harga bagi GT-R model ini mencecah RM600,000 dan memiliki kuasa enjin hingga 550hp bagi model 2015.
Kenderaan yang digelar Godzilla ini juga mampu membuatkan kereta mewah seperti Ferrari atau Porsche ‘makan asap’ dek kerana kadar pecutannya yang amat tinggi. - ommdotmy

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel