Syarul Ridzwan Bengang, Mohon Bukti Hubungan Dengan Mia Ahmad Renggang!
Wednesday, 25 November 2015

Kami juga tidak pasti entah dari mana datangnya gosip liar ini. Beberapa hari lalu kecoh apabila dikatakan Hubungan Syarul Ridzwan Dan Mia Ahmad Retak Angkara Mira Filzah?. Mia Ahmad bagaimanapun tampil menafikan perkara tersebut.
Menurut Syarul Ridzwan, beliau beranggapan ada pihak yang sengaja berbuat demikian namun motifnya tidak diketahui.
Syarul Ridzwan Bengang, Mohon Bukti Hubungan Dengan Mia Ahmad Renggang!
“Bagi saya, pihak itu sengaja mahu wujudkan gosip dan tidak tahu apa motifnya. Dia adalah seorang yang tidak bertanggungjawab.
“Apabila dia buat fitnah itu, dia akan melaga-lagakan dua orang perempuan yang baik.
“Dan dia juga akan melibatkan pihak lain, antaranya peminat Mira Filzah, peminat Mia Ahmad dan juga peminat saya,” katanya.
Syarul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim mengakui dirinya turut menerima tempias daripada gosip itu apabila dikecam ramai pihak.
“Saya tidak mahu perbesarkan isu ini dan turut berpesan kepada peminat agar dibiarkan sahaja perkara ini. Bagi saya, lebih baik bercakap dengan orang yang ada ilmu daripada 10 orang yang tidak ada ilmu.
Tambah Syarul lagi, jika benar hubungannya dengan Mia Ahmad renggang, beliau meminta agar pihak terbabit tampil memberikan bukti.
“Oleh itu, saya tanya kepada pihak itu, apa buktinya (hubungan renggang), datang jumpa saya, tunjuk hubungan saya dengan Mia renggang,” katanya.
Pelakon berusia 26 tahun ini juga menegaskan, dia bukanlah kaki perempuan yang didakwa segelintir pihak.
Jelas Syarul, dia sangat mengagumi wanita yang berilmu dan suka berkawan dengan golongan seperti itu.
“Mira seorang graduan perniagaan antarabangsa, begitu juga dengan Mia yang ada visinya. Mereka berdua ada wawasan sendiri, itu menyebabkan saya suka berkawan dengan mereka.
“Saya lebih suka duduk bersembang dengan orang ada pengetahuan yang boleh datangkan hasil daripada borak perkara yang sia-sia.
“Bukan mereka berdua sahaja, tetapi saya suka berkawan dengan Anis Al-Idrus dan sesiapa sahaja yang punyai ilmu,” katanya.
SUMBER GOSIPMALAYSIA.COM