Lelaki 60 Tahun Dapat Kebenaran Isteri Untuk Kahwin Kekasih

Lelaki 60 Tahun Dapat Kebenaran Isteri Untuk Kahwin Kekasih
Share

Seorang lelaki berusia 60 tahun yang juga bekas samseng, telah mendapat keizinan isterinya, Belinda Miller, 44, untuk mengahwini perempuan simpananya yang baru berusia 19 tahun.

Thom Miller kini sedang dalam proses membina rumah yang lebih besar di Ohio untuk kedua-dua isterinya, iaitu Belinda dan Reba Kerfootruba.

Reba kini sedang mengandung.

Thom yang kini telah insaf selepas ditahan di penjara, sebelum ini telah bercakap mengenai poligami kepada Belinda selama tujuh tahun sebelum Reba menyertai keluarga mereka.

Dia dan Belinda kini bercadang memelihara anak yang dikandung Reba bersama-sama.

Pasangan itu mengenali Reba ketika remaja itu membantu secara sukarela dalam projek `soup kitchen’ dan berpindah ke rumah mereka tidak lama kemudian.

Thom pula adalah kawan kepada keluarga Reba dan mengenali remaja itu sejak kecil lagi.

“Saya kenal Reba sudah lama dan kemudiannya dia berpindah. Saya menyedari sesuatu apabila dia memeluk saya dan saya pula mahu terus memeluknya. Dari situ saya sedar saya menghargai wanita ini,’’ katanya.

Thom dan Reba berkahwin di gereja sama di mana dia dan Belinda berkahwin tujuh tahun lalu.

Mereka bagaimanapun tidak mendapat sokongan daripada penduduk di Mansfield, Ohio tetapi Thom, Belinda dan Reba tidak menyembunyikan pilihan yang mereka buat dalam perkahwinan itu.

“Saya tidak mempunyai masalah dengan homoseksual tetapi saya rasa adalah salah apabila perkahwinan mereka diiktiraf tetapi perkahwinan kedua saya tidak,’’ katanya. - Sumber Mynewshub.cc

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel