Penumpang Pesawat Biadap AirAsia Dikutuk Di China
Saturday, 12 December 2015
Tindakan kurang sopan itu dilakukan oleh seorang penumpang dalam pesawat AirAsia Thailand ketika penerbangan rutin dari Bangkok ke Xi’an, China.
Gambar berkenaan kebetulan berjaya sempat dirakam penumpang yang menjadi mangsa kepada wanita berkenaan selepas enggan menurunkan kakinya.
Tindakan wanita itu berkongsi gambar tersebut menusi laman sosial Weibo kemudian menjadi viral dan mendapatkan kutukan daripada netizen di China.
Wanita itu berkata, dia tidak gembira dengan tindakan penumpang di belakangnya dan sikap biadap seperti ini perlu dihentikan kerana mengganggu orang lain. – mStar