Tahniah Fad Bocey Dan Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Kembar
Saturday, 12 December 2015
SEKALUNG tahniah diucapkan kepada pelawak Fad Bocey dan isteri, Syaheera yang telah selamat menimang cahaya mata kembar sulung mereka, pada Jumaat.
Berita gembira itu dikongsikan oleh pengacara dan pelawak Jihan Muse di laman Instagram miliknya.
“Dik, besaq sangat dah adik kak dari sekolah sampai dah masuk U, sampai bercinta frust, kahwin sampai pregnant tuptup deliver sekali kembaq anak adik.
“Cepatnya masa berlalu. Dalam pada adik blur-blur, lost banyak benda tak tau tanya macam-macam sampai kak tengok adik matang dah.
“La jadi ibu dah pun . Indah sangat perjalanan hidup adik Tuhan tu aturkan. Tahniah dik! Kak sayang adik kak happy for you dik,” tulis Jihan di Instagram.
Difahamkan, bayi milik pasangan ini berada dalam keadaan sihat namun masih ditempatkan di Unit Kawalan Rapi (ICU) berikutan lahir pra-matang pada 34 minggu dan kondisi paru-paru bayi kembar itu belum stabil.
Berdasarkan ruangan komen Instagram Fad, ada peminat yang mendakwa pasangan ini menimang cahaya mata kembar lelaki.
Semoga kehadiran bayi kembar ini bakal menambah seri lagi dalam keluarga kecil Fad dan isteri.
Pasangan ini diijabkabulkan pada 14 Mac lalu setelah menjalinkan hubungan cinta selama lima bulan. – MYNEWSHUB.CC