(Video) ‘Bayar 10 Kali Ganda Baru Kami Lepaskan Kamu’

(Video) ‘Bayar 10 Kali Ganda Baru Kami Lepaskan Kamu’
Share

SATU rakaman menunjukkan seorang wanita ditangkap mencuri di sebuah pasar raya yang didakwa berlaku di Jerantut, Pahang tersebar di laman sosial, hari ini.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Video Viral, wanita terbabit kelihatan mengeluarkan beberapa barangan makanan yang disimpan di dalam beg tangannya.

Video menyayat hati itu juga menunjukkan wanita terbabit diarah mengeluarkan barangan yang dicurinya membabitkan beberapa makanan mentah termasuk sayur dan makanan dalam tin.

Menerusi rakaman tersebut, kedengaran suara lelaki meminta wanita terbabit membuat bayaran 10 kali ganda, selain mengugut akan melapor kesalahannya kepada pihak berkuasa.

Meskipun tindakan wanita tersebut adalah salah, pengguna media sosial bagaimanapun meluahkan reaksi pelbagai termasuk bersimpati terhadap insiden menimpa wanita itu.

“Hmm mmg mencuri itu salah mencuri itu dosa kita tahu smua tahu dalam islam pun mmg di larang tapi tah kes akk ni hmm sedih sehingga menitiskan air mata sebab nya barang yg di curi tu hmm adalah barang2 makanan.. Kesian nya smpai mcm tu sekali ..,” tulis pengguna Facebook, Noor Azila.

Malah, segelintir pengguna media sosial turut mengaitkan kes tersebut dengan desakan hidup.

“Makin ramai mencuri sebab desakan hidup. Yg kat atas maharajalela rembat duit rakyat,” kata Ahmad Yau Azis.

Sehingga kini, video tersebut ditonton lebih 50,727 pengguna Facebook. - SUMBER ASAL OH MYMEDIA




Kes curi: Jumlah harga barang yang dicuri RM18.30. Katanya Kakak ini diminta membayar 10 kali ganda..dan kakak ni juga beberapa kali mencuri.More : #ommtube | By : #ommdotmy Ada IG? follow ohmy_media
Posted by Oh My Media on Tuesday, December 1, 2015

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel