Jodoh Dah Dekat – Fazura Berhenti Berlakon Selepas Kahwin

Jodoh Dah Dekat – Fazura Berhenti Berlakon Selepas Kahwin
Share

Sejak pelakon Shaheizy Sam mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan Syatilla Melvin, ramai yang ingin tahu apakah yang terbuku dalam hati bekas kekasih Sam, Fazura.

Bagaimanapun, Fazura memberitahu, dia turut bahagia melihat Sam bahagia. Malah, gadis yang sentiasa berfikiran positif ini mengatakan dia akan pasti akan memenuhi undangan sekiranya dijemput oleh Sam.

Tapi, kalau korang nak tahu, melalui laporan Media Hiburan, Fazura mengakui dia dapat merasakan jodohnya semakin dekat tau!

FAZURA 2
Setakat ini calonnya belum ada lagi.  Tak ada ruang untuk menjalinkan hubungan kerana terlalu sibuk dengan kerja.  Tapi jodoh dah dekat, tak tahu siapa dan bila cuma saya dah boleh ‘rasa’.
Tambah Fazura lagi,  dia akan berhenti berlakon sepenuhnya selepas dia berkahwin. Ini kerana dia mahu fokus pada keluarga.
fazura
Buat masa ini saya memang fokus pada kerja.  Kerja, kerja, dan kerja.  Bila dah puas kerja, insyaAllah selepas berkahwin saya mahu berhenti berlakon.  Tak mahu berlakon lagi.
Saya mahu tumpukan kepada perniagaan dan mungkin kerja-kerja belakang tabir sahaja.
Gitew jawapan Fazura. Kami disini menyokong penuh apa yang Fazura ingin lakukan dan sentiasa mendoakan kebahagiaan gadis ini.


Sumber www.paparazzi.my/

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel