PANAS! Fiza Elite Dedah Punca Penceraian Kali Kedua Denagan Adam AF

PANAS! Fiza Elite Dedah Punca Penceraian Kali Kedua Denagan Adam AF
Share

Sebelum ini Fiza Elite dan Adam AF pernah merujuk kembali selepas bercerai buat kali pertama namun siapa sangka hubungan yang dibina itu musnah lagi apabila mereka sah bercerai buat kali kedua hujung tahun lepas.

Jelas Fiza, hubungan mereka hanya bahagia selama 2 bulan sahaja namun selepas itu kembali keruh apabila sering bergaduh. Tidak tahan dengan keadaan yang terus hidup berpura-pura, Fiza akhirnya membuat keputusan untuk berpisah.

“Sebenarnya, selepas kami rujuk semula pada Julai 2014, hanya dua bulan sahaja kami bahagia. Tiga bulan kemudian, keadaan kami kembali macam dulu juga, selalu bergaduh. Hidup terus bermasalah terutamanya apabila bercakap dalam soal kewangan rumah tangga.”

“Saya tidak tahan lagi hidup sebegitu dan berpura-pura bahagia. Akhirnya saya buat keputusan yang kami tidak lagi boleh hidup bersama pada hujung tahun 2015 yang lalu.”

Tambah Fiza, beliau sudah redha dengan ketentuan takdir buat dirinya dan kini mahu fokus membesarkan anak-anak beliau selain mula aktif semula dalam bidang seni.

PANAS! Punca Sebenar Penceraian Fiza Elite Dan Adam AF Terbongkar... MENGEJUTKAN!

“Saya punya banyak tanggungjawab, termasuklah kepada keluarga. Saya perlu terus bekerja bagi menampung keperluan hidup dan keluarga. Saya harap kemunculan semula saya dalam dunia lakonan akan membawa rezeki yang baik selepas tidak lagi berhadapan dengan masalah peribadi seperti sebelum ini.”

Hati wanita ini memang lembut, tetapi jika dilukakan berkali-kali pasti ia akan meninggalkan kesan yang dalam. Penceraian mungkin jalan terbaik buat Fiza Elite dan Adam, kerana tiada gunanya hidup sebagai suami isteri jika sering bergaduh dan tiada persefahaman lagi.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel