Pengguna FB Tawar RM5K, Cari Pasangan Didakwa Tipu Duit Kutu
Sunday, 17 January 2016

SEORANG pembaca Mynewshub meminta bantuan untuk mencari pasangan dari Sarawak yang didakwanya, gemar menipu duit orang ramai.
Hasnida Hamid menerusi laman Facebook, turut mengaku dia antara mangsa penipuan pasangan berusia 32 dan 30 tahun tersebut.
Tulisnya menerusi Facebook Mynewshub, “As salam.. Sy mohon jasa baik anda semua yg mengenali atau mengetahui dimana keberadaan pasangan ini sekarang nie.. Di fahamkan mereka ini berada di bintulu.. Sesiapa yg terjumpa sila PM sy segera kerana mereka telah menipu duit org ramai.. Dan sy adalah salah seorg mangsa mereka.. Terima kasih ats kerjasama semua…”
Difahamkan Hasnida menjadi mangsa Kutu Niaga yang dijalankan oleh pasangan ini di mana dia telah tertipu sebanyak RM28,070.
Sehubungan itu, dia telah menawarkan RM5,000 kepada sesiapa yang dapat memberikan informasi sehingga pasangan ini dapat ditemui.
Menurut Hasnida lagi, dia tidak teragak-agak untuk membawa si penipu ke muka pengadilan apabila mereka dipercayai telah memperoleh sehingga RM1.5 juta hasil penipuan yang dilakukan selama ini.
Penipuan di laman sosial sering kali berlaku, jadi janganlah kita mudah percaya dengan mana-mana pihak hanya menunggu masa sahaja untuk ‘memperdajalkan’ kita.
Buat pasangan dimaksudkan ini, pulangkanlah semula duit orang kalau betul anda dah rembat sebelum keadaan jadi lebih parah tapi jika anda tak bersalah, hubungilah pihak tak puas hati tu dan bawa berbincang di mana silapnya. – SUMBER ASAL MYNEWSHUB.CC