Ayda Jebat Boleh Pilih Hero Digandingkan Bersamanya

Ayda Jebat Boleh Pilih Hero Digandingkan Bersamanya
Share

PENGARAH tersohor, Osman Ali telah memberikan penghargaan kepada pelakon Ayda Jebat untuk memilih sendiri calon hero dalam filem terbarunya.

Namun Ayda masih belum memilih calon heronya kerana belum ada yang bersesuaian dan ada pula yang sudah mempunyai tanggungjawab lain.

“Bila diberi kepercayaan kadang-kadang kita tahu siapa yang peminat mahukan saya untuk bergandingan dalam sesebuah filem itu. Ramai yang bagus dan meletop tetapi yang sesuai dengan kita masih belum ada.

“Apa yang peminat mahukan kita tahu,” katanya semasa ditemui di majlis pelancaran single keduanya berjudul ‘Pencuri Hati’.

Osman Ali
Osman Ali

Ayda Jebat mengakui walaupun dia diberi kelebihan untuk memilih sendiri hero yang akan digandingkan dengannya, dia berasa takut orang berfikiran negatif terhadapnya.

“Terus terang saya cakap, saya takut untuk memberikan cadangan artis lelaki mana yang saya mahukan, bukan apa takut orang cakap saya nak ‘try’ pula.

4- Ayda Jebat Boleh Pilih Hero Dalam Filem Terbarunya - ROTIKAYA

“Kadang-kadang takut juga bila dipilih Itu tak kena pula dengan watak dalam filem itu. Berlakon filem dan drama ini tak sama, jadi memang kena betul-betul yang boleh,”.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel