FAFAU, ANTARA 4 PENYAMPAI RADIO TINGGALKAN HOTFM

FAFAU, ANTARA 4 PENYAMPAI RADIO TINGGALKAN HOTFM
Share

Kuala Lumpur – Empat penyampai radio Hot FM pagi ini mengumumkan pengunduran sebagai penyampai di radio itu berkuat kuasa 27 Februari ini.

Keempat-empat mereka adalah Farah Fauzana Mohd Fadzil atau Fara Fauzana, Muhammad Azmir Selamat (AG), Mohd Khairul Ikhwan Rosli (Ikhwan) dan Khairu Norliza Khairudin (Liza).

AG dan Ikhwan yang berkhidmat selama 10 tahun di Hot FM bakal memulakan tugas sebagai penyampai radio di stesen radio baru, yang juga bernaung di bawah pengurusan Rangkaian Radio Media Prima.

Selain AG dan Ikhwan, turut mengikut jejak langkah mereka adalah Liza yang pemilihannya dibuat menerusi pengalaman dan kredibiliti yang konsisten sepanjang perkhidmatan.

Sementara itu, Fara Fauzana pula memilih untuk menarik diri sebagai penyampai untuk memberikan fokus sepenuhnya kepada kerjaya peribadi dan pengacaraan.

Fara juga merancang menyalurkan pengalamannya dalam bidang penyiaran untuk program kemasyarakatan. – Harian Metro

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel