Kanak-Kanak 10 Tahun Ikat Kontrak Lumayan Jadi Model
Wednesday, 10 February 2016

SEORANG budak perempuan yang berusia 10 tahun dan dinobatkan sebagai kanak-kanak paling cantik di dunia, kini berdepan dengan kontroversi selepas mengikat kontrak peragaan yang lumayan.
Kristina Pimenova, dikenali sebagai budak yang comel dan mempunyai lebih 1.2 juta peminat dalam instagramnya yang mahu menyaksikan dia berposing dengan baju-baju menarik.
Bagaimanapun pengkritik bimbang, pendedahan terlalu awal kepada bidang modeling boleh menyebabkan dia menjadi sasaran paedophiles iaitu orang dewasa yang mempunyai nafsu terhadap kanak-kanak.
Kristina yang berasal dari Moscow, telah berkhidmat untuk Vogue, Armani dan Dolce&Gabbana. Dia kini menandatangani kontrak untuk Youths.
Ibu Kristina, Glikeriya Shirokova, adalah bekas model manakala bapanya adalah bekas pemain bola sepak antarabangsa Rusia, Pimenov pernah bermain untuk Piala Dunia pada 2002.
Kristina menjadi model selepas ibunya mendapati kemana sahaja dia membawa anaknya itu, orang ramai akan memberitahu mereka bahawa Kristina sangat cantik.
Sejak itu Glikeriya mencuba bakat anaknya dalam bidang modeling. – Mynewshub.cc