Kereta Api KTMB Terbakar, Lebih 300 Penumpang Cemas

Kereta Api KTMB Terbakar, Lebih 300 Penumpang Cemas
Share

Seremban – Seramai 310 penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) cemas selepas kepala kenderaan itu terbakar dalam perjalanan dari Johor Bahru, Johor ke Butterworth, Pulau Pinang, kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, kebakaran berlaku semasa kereta api bergerak dari Rembau menuju ke Seremban, sekitar satu kilometer dari stesen Sungai Gadut dekat sini.

“Semua penumpang berjaya keluar dan selamat namun, pemandu cedera melecur di bahagian jari.

“Kebakaran dipercayai bermula di bahagian enjin selepas pemandu kereta api tersebut mengesan asap di bahagian itu ketika kereta api sedang bergerak,” katanya ketika dihubungi.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel