Nelydia Nafi Bercinta Semula, Sedang Buat Persiapan Kahwin

Nelydia Nafi Bercinta Semula, Sedang Buat Persiapan Kahwin
Share

PELAKON Nelydia Senrose tampil menjelaskan bahawa khabar mengatakan dia dan bekas kekasih Qi Razali sedang merancang berkahwin pada tahun ini, tidak benar.

“Kami tidak pernah bermusuh walaupun sudah putus, hubungan kami masih baik dan sesekali kami masih berhubung berkenaan hal kerja, dan tidak lebih dari itu.

“Namun, saya tak mahu mengulas terlalu banyak soal ini kerana saya pun tak tahu apa akan jadi pada masa depan nanti,” jelasnya kepada sebuah akhbar tempatan.

Nelydia berkata jika benar dia akan berkahwin, tentu dia sedang sibuk menyiapkan persediaan majlisnya itu.

“Kalau betul saya dah nak kahwin, tentu sekarang saya sedang sibuk buat persiapan tapi kini saya sering berada di lokasi penggambaran,” katanya.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel