Tiga Lelaki Mengaku Rogol Dibebaskan Selepas Bagi Rasuah

Tiga Lelaki Mengaku Rogol Dibebaskan Selepas Bagi Rasuah
Share

TIGA lelaki Australia dilaporkan bebas daripada hukuman penjara walaupun ketiga-tiganya mengaku bersalah merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ketika bercuti di Croatia, baru-baru ini.

Difahamkan, ketiga-tiga pesalah itu, Dylan Djohan, 23, Ashwin Kumar, 23, dan Waleed Latif, 21, memberikan suapan dalam bentuk rasuah wang berjumlah RM131,285 (US$31,594) kepada pendakwaraya yang mengendalikan kes mereka di Croatia.

Mereka sepatutnya menjalani hukuman penjara selama setahun berhubung kesalahan jenayah itu, namun telah dibebaskan dan kini ketiga-tiganya sudah pun kembali ke kediaman mereka di Victoria, Australia.

Ramai netizen mengecam tindakan pihak berkuasa yang sewenang-wenangnya melepaskan penjenayah yang memberikan sogokan kepada pihak yang sepatutnya menegakkan keadilan dan kebenaran. – Sumber MYNEWSHUB.CC

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel