PERNIKAHAN ADIRA DAN DATO RED MENGIKUTI HUKUM SYARAK
Tuesday, 29 March 2016

Kuala Lumpur – Pernikahan penyanyi Adira Suhaimi yang sebelum ini mencetuskan kontroversi akhirnya telah disahkan mengikut hukum syarak oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.
Memetik laporan BH Online, Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab membuat keputusan itu selepas meneliti dan berpuas hati dengan semua keterangan, hujahan bertulis serta bukti pernikahan yang dikemukakan pasangan itu.
Mahkamah kemudian memerintahkan pasangan itu mendaftar pernikahan mereka di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
8 Januari lalu, Adira dan suami Datuk Seri Adnan Abu telah memfailkan permohonan pengesahan nikah secara berpoligami di luar negara.
Pasangan itu bernikah secara berpoligami di Songkhla, Thailand pada 3 Disember lalu.
Sabtu lalu, satu majlis resepsi telah diadakan di Ranau, Sabah bagi meraikan perkahwinan penyanyi yang diberi jolokan Snow White Malaysia itu.