Video ngeri penunggang motosikal maut dirempuh hingga putus kaki

Video ngeri penunggang motosikal maut dirempuh hingga putus kaki
Share

Kepala Batas – Suasana di persimpangan Bandar Bertam, Kepala Batas di sini, gempar dengan kejadian kemalangan ngeri membabitkan seorang penunggang motosikal dengan dua kenderaan dalam kejadian petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa, Md Iqbal Hossiin, 40, dipercayai menunggang motosikal dari arah Kiosk Bertam menuju ke Kepala Batas.

Menurut sumber, mangsa yang merupakan pekerja kontrak maut di tempat kejadian setelah dirempuh kereta Perodua Kenari yang datang dari arah Kubang Menerong.

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai keluar dari simpang Bertam Kiosk selepas lampu isyarat bertukar hijau.

“Akibat rempuhan itu, mangsa terpelanting manakala motosikal jenis Honda Wave Future yang ditunggangnya diseret sejauh 50 meter oleh kereta berkenaan,” katanya.

Lebih mengerikan apabila, pergelangan kaki kanannya yang putus turut terpelanting dan mangsa meninggal dunia serta merta dilokasi kemalangan.

“Dalam masa sama, sebuah kereta Perodua Axia yang berada berdekatan mangsa dan menunggu pertukaran lampu isyarat turut dirempuh Perodua Kenari terbabit.

“Bagaimanapun pemandu dua kenderaan itu hanya cedera ringan dan dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Azmi Adam ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Siasatan mengenai kejadian masih lagi dijalankan, mangsa yang maut dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – Sinar Harian

LINK VIDEO

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel