Dilabel ‘Mat Saleh Celup’ Kerana Semakin Seksi, Raja Ilya Nafi Terikut-Ikut Budaya Barat
Sunday, 28 February 2021
Pelakon wanita yang kini menetap di Australia sejak berkahwin, Raja Ilya memang tidak lepas dari isu-isu kontroversi.
Baru-baru namanya disebut netizen apabila dia membuat perbandingan majlis perkahwinan di Malaysia dan luar negara ketika dunia dilanda pandemik COVID-19.
Gara-gara hantaran media sosial tersebut, isteri kepada Trent Garret itu dikecam hebat malah ada yang menganggap Raja Ilya sebagai lupa daratan dan sebagainya.
Dalam pada itu, ada pula cerita-cerita yang mengatakan pelakon filem Papadom ini kini semakin seksi sejak menetap jauh dari tanah air tercinta.
Malah, dia juga dilabel sebagai ‘mat saleh celup’ oleh sesetengah netizen kerana makin berani menggayakan busana menjolok mata, jauh daripada budaya ketimuran yang mengekalkan adab kesopanan.
Namun, Raja Ilya yang ditemui media menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak terikut-ikut dengan gaya kebaratan meskipun bersuamikan seorang lelaki bangsa asing.
“Kalau terdesak namanya melacur diri dan lebih baik berbogel. Bagi saya, seksi sangat subjektif. Saya suka berpakaian menunjukkan bentuk badan dan singkat sejak awal menceburi bidang lakonan. Istilah seksi sangat luas. Ada yang berpakaian sopan tetapi tetap nampak seksi daripada pandangan mata seseorang. Seksi tidak terbatas kepada konsep mendedahkan kulit atau berpakaian sendat sahaja.” - Raja Ilya
“Sama seperti negara kita ada pelbagai agama dan bangsa. Mereka juga ada yang kuat agama dan menjunjung budaya sendiri. Diakui memang ada yang hidup tanpa agama dan kepercayaan di luar negara, Tetapi kita tidak boleh menghukum sesebuah negara disebabkan segelintir tidak beragama. Rumusannya, kena fikir positif, banyak membaca dan menambah ilmu. Jangan ceppat menghukum.” - Raja Ilya
Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad juga menegaskan bahawa dia tidak mengikuti budaya bangsa asing namun menjelaskan bahawa dia sebenarnya sudah sebati dengan budaya barat sejak daripada kecil lagi.
Tambah pelakon filem KL Vampires itu lagi, tanggapan negatif kepada bangsa asing haruslah diubah dalam kalangan masyarakat kerana hakikatnya mereka juga ada kepercayaan dan agama masing-masing, sama seperti masyarakat di dalam negara Malaysia.
Sumber Beautifulnara