Bercinta Dengan Effa Maembong, Dato Boy Iman Bagi Ucapan Panas Buat Netizen!
Tuesday, 5 May 2015

Nama pelakon Boy Iman dan kakak Emma Maembong semakin menjadi bualan hangat dek kerana miliki hubungan cinta. Malah percintaan mereka mendapat komen positif tidak kurang juga yang melemparkan kata-kata negatif.
Disebabkan itu juga banyak pihak yang mengkritik hubungan mereka berdua yang seakan menonjolkan hubungan mesra mereka tanpa perasaan malu sedangkan Dato Boy Iman masih lagi berstatus suami orang. Walaupun kes perceraian masih lagi dibicarakan di mahkamah namum bukan bermakna mereka boleh sahaja menjalinkan hubungan intim. Boleh tu boleh tetapi jangan terlalu melampau sehingga menampakkan mereka yang bersikap kebudak-budakan. Tak gitu?
Justeru Dato Boy Iman telah berkongi kapsyen yang agak panas buat netizen dengan berkongsi sebuah fotonya bersama Effa Maembong :-
Assalamualaikum & selamat pagi rakan2 di media sosial semua..
Ig, fb dan tweeter serta blogger yg bertauliah serta x bertauliah..
Hehehehehe..
Terima kasih kerana spinkan story kami.
Terima kasih kerana viralkan kami.
Terima kasih kerana statement positif dan negatif pd kami.
Terima kasih siap keluar berita2 di blog masing2 tentang kami.
Buatkan followers2 kami bertambah.
Buatkan kami tetba ramai org bercakap-cakap psl kami.
Yg x tahan ramai pulak org tegur n amik gambar dgn kami.
Kami memang sangat menghargainya.
Terima kasih atas doa2 yg baik2 pada kami.
Begitu juga kutukan dan hinaan, kalau ada la..
Ada kot x byk la.
Semoga Allah membalas budi baik anda.
Membalas kutukan dan hinaan anda kepada kami sebagai satu kebaikan kepada anda.
Syukur alhamdulilah atas segalanya.
Sayang semua!
Peace yo!!!
Kapsyen tersebut boleh dikatakan agak panas seakan menyindir pihak media yang suka bercerita kisah cinta mereka dan pada yang sama mengucapkan terima kasih kepada penyampai berita tersbut. Fuh! agak-agaknya sampai bila hubungan cinta mereka akan bertahan. Isskkk nak elak fitnah kahwin terus, habis cerita. Tak gitu? - SUMBER GOSIPMALAYSIA