Qi Razali Tunggu Jawapan Lamaran Diterima Dari Nelydia Senrose

Qi Razali Tunggu Jawapan Lamaran Diterima Dari Nelydia Senrose
Share

Lamaran yang diberikan dan menunggu jawapan ‘Ya’ dari kekasih hati tersangat lah memeritkan. Takut juga sekiranya lamaran ditolak dan si gadis tersebut telah miliki cinta hati. Auch!
Kononnya Qi bakal bertunang dengan Nelydia merupakan khabar angin yang tidak benar. Hingga saat ini juga Qi Razali sedar bahawa dirinya perlu memberi masa untuk kekasihnya Nelydia Senrose masa untuk memantapkan kerjayanya terlebih dahulu sebelum melamar pelakon tersebut menjadi permaisuri hidupnya.
Tetapi, Qi Razali sendiri mengaku yang dirinya tidak boleh memberi tempoh yang terlalu lama untuk menantikan jawapan dari Nelydia Senrose. Hubungan mereka semakin intim selepas ‘Nelydia Senrose Dan Qi Razali Bercuti Ke Luar Negara Bersama‘.
Qi Razali dan Nelydia Senrose2
Dah dua tahun kami berkawan, memang saya ada niat hendak membawa hubungan kami ke fasa seterusnya – Qi Razali
Tetapi kini hanya ‘Nelydia Senrose Tidak Mahu Tergesa-gesa Tentang Kahwin‘ sedangkan Qi Razali telah bersedia untuk mereka bersatu dalam ikatan yang sah.

“Dah dua tahun kami berkawan, memang saya ada niat hendak membawa hubungan kami ke fasa seterusnya,
“Memandangkan Nelydia baru 21 tahun, baru hendak kenal dunia. Jadi rasanya tidak adil pula untuk saya ‘mengikat’ dia ke alam rumah tangga sekarang ini.
“Mungkin tunggu setahun, dua lagi… Tapi tak bolehlah lama sangat,”
Pengakuan tersebut jelas menunjukkan Qi Razali percaya kapada jodoh dan beliau inginkan perempuan yang sama duduk dengannya sekarang adalah perempuan sama yang akan duduk di sisi katil apabila beliau mati nanti.
“Kalau boleh, nak kahwin sekali sahaja. Jadi, biarlah lambat sikit tetapi dengan orang yang betul-betul hendak hidup dengan kita,”
Nelydia Senrose2
Mungkin yang ditunggu sekarang ialah jawapan dari kekasihnya Nelydia Senrose. Penulis harap, Nelydia Senrose akan menerima lamaran tersebut maklumlah kalau dikejar hal dunia sampai bila pun tak akan habis. Apabila berkahwin kejarlah pahala menjadi seorang isteri yang taat kepada suami. Tak gitu?
Semoga mereka berdua cepat-cepat kahwin dan cepat-cepat dapat baby. Opsss!

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel