Raja Farah Akui Suami Baru Lebih Berkualiti

Raja Farah Akui Suami Baru Lebih Berkualiti
Share

Peminat pasti terkejut dengan berita pertunangan pelakon, Raja Farah yang baru saja melepasi tempoh edah setelah bercerai dengan bekas suaminya kan?

Malah, perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan membuatkan ramai tertanya-tanya apa ciri-ciri yang ada pada jejaka berkenaan sehingga Raja Farah mengambil masa yang amat singkat untuk kembali berumahtangga.

Menurut laporan Berita Harian, Raja Farah menyifatkan kegagalan rumahtangga pertamanya bukanlah sebab untuk dia tidak boleh mengecapi kebahagiaan.

Kegagalan perkahwinan pertama tak bererti saya tak cukup baik, sekali gus tak berhak mengecapi kebahagiaan baharu dan mendatang. Saya berusaha menjadi lebih baik.

Insya-Allah. Ini sudah jodoh. Cepat atau lambat, semua sudah tertulis. Saya terima suratan ini dengan hati terbuka.

Raja Farah turut menyifatkan banyak kualiti yang ada pada suaminya kini yang membuatkan dia tak teragak-agak untuk berkahwin semula.

Banyak kualiti diri yang ada pada suami buat saya yakin untuk mendirikan rumah tangga sekali gus membimbing diri ini jadi isteri baik dan solehah.

Dia juga jenis yang kuat bekerja dan buat saya yakin menerimanya. Saya rasa selamat di sisinya. Dia tebal dengan sikap melindungi. Sikap putus asa tak pernah ada dalam kamus hidupnya. Tak kira apa skeptikal orang yang mungkin wujud, dia akan menyokong saya dari belakang.

Berada dalam dunia seni dan mencari orang yang benar-benar memahami sebenarnya sukar. Tetapi kesukaran itu tidak ada padanya. Pendek kata, dia lulus setiap ujian yang diberikan. Sikapnya juga sangat penyayang cuma sisi romantik setakat ini belum saya lihat. Saya yakin dia boleh bahagiakan saya. Insya-Allah. Ujar Raja Farah
- Sumber Paparazi.my

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel