Sampai Bila Nak Menyorok? – Ezany Selar Tindakan Isteri Tak Hadir Mahkamah
Sunday, 13 September 2015

Rasanya ramai peminat dah tahu mengenai kisah rumahtangga pelakon, Ezany Nizariff yang sudah dilanda masalah lebih setahun yang lalu.
Malah, kisah rumahtangganya seakan-akan tiada kesudahan apabila isterinya bertindak menghilangkan diri dan Ezany sendiri masih dilihat turun naik mahkamah bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Terbaru, Ezany menyelar tindakan isterinya yang tak pernah hadir ke mahkamah sejak kes isterinya curang itu tersebar.
Rasanya sejak kes tersebut heboh diperkatakan saya sudah 12 kali turun naik Mahkamah Syariah. Tapi hanya pihak saya sahaja yang hadir tanpa kehadiran pihak di sana (isteri). Tapi sampai bila nak menyorok?
Waran tangkap pun sudah dikeluarkan ke atasnya dan lambat-laun dia perlu hadir juga ke mahkamah untuk menyelesaikan masalah kami.
Sekadar imbas kembali, Ezany telah berkahwin dengan Lizda Nuriyanti, lapan tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata, Rayyan Harraz dan Hayden Harraz.
SUMBER