Katie Holmes Minta Wang Belanja Lebih Sebanyak RM141,000 Sebulan Daripada Bekas Suami, Tom Cruise

Katie Holmes Minta Wang Belanja Lebih Sebanyak RM141,000 Sebulan Daripada Bekas Suami, Tom Cruise
Share

Aktres Katie Holmes mahu memfailkan tuntutan meminta lebih banyak wang daripada bekas suami, Tom Cruise bagi membiayai perbelanjaan seharian dan persekolahan anak hasil perkahwinan mereka.

Holmes dikatakan terlalu terdesak dan kesempitan wang. “Sejak kebelakangan ini, Holmes berlakon dalam filem bajet rendah.”

“Pihak penerbitan tidak mahu membayarnya, jadi dia memutuskan dengan mengambil jalan mudah meminta lebih wang dari Tom Cruise sebagai kos penjagaan anak mereka", jelas satu sumber.

Mereka bercerai pada 20 Ogos 2012. Dalam masa tiga tahun selepas bercerai Holmes dilarang meminta wang dari bekas suaminya itu. Kini tempoh tersebut sudah berakhir. Setiap bulan Cruise memberi wang sebanyak RM 141, 000 bagi kos penjagaan anak mereka, Suri.

Nampaknya jumlah tersebut tidak mencukupi kerana kata Holmes kos perbelanjaan seharian anak mereka semakin meningkat dari hari ke hari. - ERA.FM

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel