Sahabat Baik Rupanya Adik Beradik Yang Terpisah 40 Tahun Dulu

Sahabat Baik Rupanya Adik Beradik Yang Terpisah 40 Tahun Dulu
Share

Siapa sangka dua sahabat baik yang bekerja di sebuah hospital di Floria, Amerika Syarikat rupa-rupanya adalah adik beradik yang sudah lama terpisah sejak 40 tahun yang lalu. 

Holly Hoyle O’Brien dan adiknya Meagan Hughes merupakan anak yatim dari kecil telah terpisah semasa di Korea selepas bapa mereka maut digilis kereta api pada tahun 1970-an. Selepas itu, ibu tiri mereka membawa si adik pergi dan menyebabkan Holly terpaksa diserahkan kepada rumah anak yatim sebelum diambil sebagai anak angkat oleh suami isteri warga Amerika pada tahun 1978. 

Walaupun Holly atau nama asalnya Pok-nam Shin telah dibantu oleh keluarga angkatnya di Virginia untuk mencari semua adik kandungnya, namun usaha mereka gagal kerana tidak menemui sebarang rekod adiknya. 

Manakala adiknya Eun-Sook Shin juga membesar di rumah anak yatim selepas kematian ibu tirinya telah diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga yang juga dari Amerika dan membesar di New York dan diberi nama baru, Meaghan Hughes. 

Segalanya sudah tersusun rapi dan ditakdirkan pada awal tahun ini, Holly ditugaskan di Bayfront Health Port Charlotte di unit pembedahan dan secara kebetulan Meagan juga diterima bekerja di situ sebagai pembantu fisioterapi. 

Apabila sudah menjadi sahabat baik pastinya menceritakan mengenai latar belakang masing-masing. Jadi di situlah mulanya mereka rasakan seperti ada sesuatu sejarah antara mereka. Akhirnya mereka membuat ujian DNA pada musim panas lalu yang mengesahkan kedua-duanya sebenarnya adik-beradik.

SUMBER ERA.FM

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel